BeritaSlot Tempatan

Frozen 2, Toy Story 4 Antara Pencabar Upin & Ipin Ke Pencalonan Oscars 2020

Views

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus mengharumkan nama negara apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain untuk ke pencalonan Oscars 2020.

Upin & Ipin disenaraikan bersama beberapa filem animasi hebat Hollywood seperti Frozen 2, Toy Story 4, Life of Pet 2, filem animasi terbaik Jepun, Weathering With You, filem animasi pertama Netflix, Klaus serta beberapa filem animasi yang lain.

Kesemua 32 filem yang disenaraikan akan berentap bagi merebut slot lima pencalonan terakhir bagi kategori Filem Animasi Terbaik. Filem-filem yang tercalon juga layak untuk kategori lain, termasuklah Filem Terbaik.

Pencalonan untuk Oscars 2020 akan diumumkan pada Isnin, 13 Januari dan upacara penyampaian anugerah akan berlangsung pada Ahad, 9 Februari tahun hadapan.

Berikut adalah filem-filem animasi yang tersenarai ke pencalonan Oscars 2020

Abominable
The Addams Family
The Angry Birds Movie 2
Another Day of Life
Away
Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
Children of the Sea
Dilili in Paris
Frozen II
Funan
Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
How to Train Your Dragon: The Hidden World
I Lost My Body
Klaus
The Last Fiction
The Lego Movie 2: The Second Part
Marona’s Fantastic Tale
Missing Link
Ne Zha
Okko’s Inn
Pachamama
Promare
Rezo
The Secret Life of Pets 2
Spies in Disguise
The Swallows of Kabul
This Magnificent Cake!
The Tower
Toy Story 4
Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
Weathering with You
White Snake

BACA:  Kevin Smith Dedahkan Justice League Versi "Snyder Cut" Wujud, Tetapi ...

Tinggalkan Balasan

shares