Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Frozen 2 Terus Kuasai Carta Box Office, Semakin Menghampiri Angka $1 Billion Dolar

Filem animasi Frozen 2 bakal menjadi filem keenam Disney yang mencatatkan kutipan melebihi $1 billion dolar. Frozen 2 telah menambah $34.7 juta dolar dipasaran domestik benua Amerika Utara pada minggu ketiga, dan masih menguasai carta box office domestik.

Dipasaran antarabangsa, sebanyak $90.2 juta dolar berjaya dikumpul, menjadikan jumlah keseluruhan Frozen 2 kini mencecah $920 juta dolar. Pasaran Malaysia menyumbang sebanyak $6.5 juta dolar, bersamaan RM27 juta. Penganalisis menjangkakan, filem animasi ini akan dapat melepasi $1 billion dolar pada minggu hadapan.

Sementara itu, filem misteri jenayah arahan Rian Johnson, Knives Out menduduki tangga kedua carta box office domestik dengan kutipan sebanyak $14.1 juta dolar, manakala pasaran antarabangsa mencatatkan pertambahan sebanyak $18.7 juta dolar. Knives Out kini telah mengumpul $125 juta dolar seluruh dunia.

Lain-lain filem Ford v Ferrari menambah $6.54 juta dipasaran domestik US dan $8.3 juta dolar dipasaran antarabangsa. menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $167.6 juta dolar. Filem lakonan Tom Hanks, A Beautiful Day in the Neighborhood menambah $5.2 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $43 juta dolar.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment