Berita

Frozen 2 Kutip $350 Juta Dolar Pada Minggu Pertama

Views

Filem terbaru Disney Frozen 2 berjaya mencatatkan kutipan yang cukup luar biasa pada minggu pertama tayangannya apabila berjaya meraih $350 juta dolar seluruh dunia. Dari jumlah tersebut, $127 juta dolar dikutip dari pasaran domestik Amerika Syarikat sekaligus mencipta rekod kutipan filem animasi tertinggi pada minggu pertama bulan November dan diluar koridor musim panas.

Dipasaran antarabangsa, sebanyak $223.2 juta dolar berjaya dikutip Frozen 2 dengan China menjadi penyumbang utama dengan kutipan sebanyak $53 juta dolar diikuti Korea ($31.5 Juta), Jepun ($18.2 juta), UK ($17.8 juta), Jerman ($14.9 juta) dan Perancis ($13.4 juta).

Ford v Ferrari yang menguasai carta box office AS pada minggu lalu berjaya menambah $16 juta dolar pada minggu kedua tayangannya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $103 juta dolar seluruh dunia.

Sementara itu, filem terbitan Sony / TriStar A Beautiful Day in the Neighborhood mencatatkan kutipan minggu pertama sebanyak $13.5 juta dolar, manakala filem aksi drama terbitan STXFilms, 21 Bridges berjaya meraih $12 juta dolar seluruh dunia pada minggu yang sama.

Untuk lain-lain kutipan filem, Midway menambah $4.7 juta dolar pada minggu yang lalu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $81 juta dolar, jauh lebih rendah dari modal pembikinan yang dilaporkan lebih dari $100 juta dolar. Charlie's Angels dilihat bakal gagal dipentas box office apabila hanya mampu meraih $3.1 juta dolar dipasaran domestik AS pada minggu kedua tayangannya. Filem terbitan Sony itu kini hanya mampu mengumpul $43.5 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada minggu yang lalu.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks