Berita

Frozen 2 Catat $27 Juta Dolar Pada Tayangan Pembukaan

Views

Filem animasi terbaru Disney, Frozen 2 mencatatkan permulaan yang baik apabila berjaya meraih $8.5 juta dolar pada tayangan pembukaan pada Khamis yang lalu (waktu Amerika Syarikat). Di peringkat antarabangsa, filem sekuel itu telahpun memulakan tayangannya pada hari Rabu yang lalu dan berjaya meraih $ 18.6 juta dolar dari 26 pasaran termasuk Malaysia.

Frozen 2 dibintangi pelakon suara seperti Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana yang meneruskan watak masing-masing. Mereka turut disertai dua pelakon baru filem ini iaitu Evan Rachel Wood sebagai sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa serta Sterling K. Brown sebagai Lieutenant Mattias, ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Filem kali ingin membawa penonton merasai penggembaraan terbaru Elsa dan Anna demi mencari kebenaran dan sebab kenapa dia memiliki kuasa luarbiasa.

Pasukan kreatif Frozen 2 terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang bertindak selaku pengarah manakala Peter Del Vecho selaku penerbit. Ia turut disertai penulis lagu Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Pelakon suara  Kristen Bell, Idina Menzel, dan Josh Gad kembali meneruskan watak masing-masing.

Frozen 2 kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks