Siri TV

FRIENDS Kembali Bersatu Dalam Rancangan Istimewa Eksklusif Di HBO MAX

Views

Berita gembira buat peminat sitkom Friends! Variety melaporkan, para pelakon Friends akan kembali bersatu dalam rancangan istimewa yang masih belum mempunyai tajuk untuk HBO Max.

Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer akan kembali ke pentas lakonan asal Friends, iaitu Stage 24, di lot Warner Bros. Studios yang terletak di Burbank untuk meraikan sitkom terpanjang, yang berakhir pada 2004.

Menurut sumber yang mendedahkan kepada Variety, keenam-enam bintang itu akan menerima bayaran $2.5 juta setiap seorang bagi penglibatan mereka dalam rancangan istimewa.

Penyatuan semula Friends hangat diperkatakan, dengan spekulasi HBO Max yang mahu mendapatkan semula hak rancangan itu dari Netflix. Rancangan istimewa berserta 236 episod Friends akan boleh distrim sebaik sahaja HBO Max dilancarkan Mei ini.

Friends bakal menjadi tarikan utama pelanggan untuk melanggan servis perstriman HBO Max. Walaupun sitkom tersebut telah berakhir 15 tahun yang lalu, ia menjadi antara rancangan paling tinggi tontonan di Netflix. Selain itu juga, menurut Warner Bros. Home Entertainment, berita mengenai penamatan sitrom Friends di Netflix telah melonjak jualan fizikal dan digital rancangan tersebut, dan tidak mustahil ia akan membantu jumlah langganan HBO Max sebaik sahaja ia dilancarkan kelak.

Ben Winston akan mengarah rancangan istimewa itu, dan turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama penerbit asal iaitu Kevin Bright, Marta Kauffman dan David Crane, serta Aniston, Cox, Kudrow, LeBlanc, Perry, dan Schwimme.

 

View this post on Instagram

 

It’s happening... @hbomax @jenniferaniston @lisakudrow @mleblanc @mattyperry4 @_schwim_

A post shared by Courteney Cox (@courteneycoxofficial) on

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks