
Filem horror slasher terkenal era 80an,Ā Friday the 13th telah diberi nafas baru apabila studio Paramount akan menghasilkan siri ke-13 franchise filem berkenaan. Paramount yang mendapat hak sepenuhnya untuk menghasilkan filem ini telah memberi tanggungjawab kepada pengarah Brett Eisner untuk untuk menghasilkan filem reboot ini.
Dari info yang kami dapat, filem Friday the 13thĀ ini disahkan bukan sequel kepada filemĀ Ā Friday the 13th 2009,Ā sebaliknya lebih kepada origin kepada kisah Jason.
Menurut penerbit filem Brad Fuller, filem terbaru ini akan memperkenalkan keseluruhan keluarga Jason kepada audience.
“We’re going to go back and we’re going to meet that family. We’re going to meet the family. You’re gonna meet Pamela, Elias, and Jason. And you’re gonna see how it all happened.”
Filem reboot terbaru ini dikatakan akan memulakan pengambaranya pada Mac ini dan dijangkan akan mula ditayangkan kepada penonton pada 13 Oktober 2017, iaitu jatuh pada hari Jumaat!.
Sejak mula ditayangkan pada tahun 1980, sebanyak 12 filemĀ Friday the 13th telah dihasilkan dan telah mengaut sebanyak $460 juta secara keseluruhannya dengan filem crossoverĀ Freddy vs Jason mengaut paling banyak kutipan tiket sebanyak $114 juta.
Untuk filem terbaru ini, pihak studio telah mengklasifikasikan filem ini sebagai R-Rated, untuk menarik audience menonton filem slasher terkenal ini. Rating ini bermakna filemĀ Friday the 13thĀ kali ini lebih ganas dan banyak darah akan ditunjukan kepada penonton.
Kepada penonton, excited tak untuk mengentahui siapakah ahli keluarga Jason dalam filem akan datang?