Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Frank Grillo Nafi Crossbone Akan Kembali Dalam MCU


Frank Grillo yang muncul dalam dua filem Marvel Cinematic Universe (MCU) iaitu Captain America: Winter Soldier dan Captain America: Civil War tidak yakin bahawa wataknya akan kembali dalam dunia MCU. Beliau yang membawakan karakter Brock Rumlow atau Crossbone memberitahu ‘tidak menantikan sebarang panggilan untuk watak tersebut’

“not waiting for the phone to ring

Semasa ditemuramah laman web Metro untuk rancangan terbarunya di Netflix, Wheelman, beliau tidak pasti samada MCU cuba untuk kembalikan watak villain tersebut dalam dunia cinematic mereka.

“Look, Marvel’s awesome. I have a long-term contract with them and it’s a superhero movie, you never know.

I don’t have any idea. I said that once before about two weeks ago and people jumped on that and thought I said Crossbones is back. No. That’s ridiculous. But we’ll see what happens. I’m not waiting for the phone to ring.”

Desas desus mengenai kembali watak Crossbone bermula sejak awal tahun yang lalu, dan aktor tersebut sudah beberapa kali menafikan akan kembali membintangi filem-filem Marvel. Penafian terbaru aktor tersebut mungkin akan menutup khabar angin mengenai watak Crossbone.

Dalam filem pertama, Captain America: Winter Soldier, Brock Rumlow merupakan ketua pasukan khas S.H.E.I.L.D iaitu S.T.R.I.K.E., bagaimanapun wataknya sebenarnya adalah salah seorang ejen HYDRA yang menyelinap masuk ke dalam organisasi S.H.E.I.L.D. Dipenghujung filem, Rumlow mengalami kecederaan parah selepas helikopternya terhempas. Wataknya kemudian muncul dalam filem ketiga Captain America yang berjudul Civil War dan wataknya tamat dalam filem tersebut selepas terbunuh dalam letupan semasa cuba membunuh Captain America.

Jadi peminat-peminat Marvel boleh lupakan watak tersebut yanng sememangnya akan terus mati melainkan Marvel mempunyai sebab yang kukuh untuk kembalikan watak tersebut dalam MCU.


Sumber: ScreenRant


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee