You are here Home » Frank Grillo & Morgan Freeman Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Berjudul Panama

Frank Grillo & Morgan Freeman Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Berjudul Panama

Pelakon Frank Grillo dan bekas pemenang anugerah Academy, Morgan Freeman disahkan bakal membintangi sebuah filem aksi berjudul Panama terbitan The Highland Film Group.

Diinspirasikan dari kejadian sebenar, Panama mengisahkan tentang James Becker (Grillo), bekas anggota tentera US Marine, yang ditugaskan oleh komander Stark (Freeman) untuk melakukan misi pembunuhan berprofile tinggi. Filem yang berlatarbelakangkan 1989 ini menyaksikan Becker perlu berhadapan dengan pembunuh upahan, pengawal wanita yang ganas dan bekerjasama dengan musuh dalam usahanya untuk menyempurnakan misi dan pulang dengan selamat.

Pengarah filem The Lightkeepers, Daniel Adams akan bertindak selaku penulis dan pengarah, manakala William R. Barber. Michelle Chydzik Sowa dan Michelle Reihel akan bertindak selaku penerbit.

Penggambaran dijangka akan bermula pada November ini. Setakat ini, tarikh tayangan masih belum diketahui.

BACA:  Filem Balun Akan Ditayangkan 17 Ogos Ini
Loading...