Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Frank Grillo & Mel Gibson Dalam Trailer Filem Sci-Fi Thriller, “Boss Level”

Trailer rasmi Boss Level telah dilancarkan, menampilkan pelakon Frank Grillo (The Grey, The Purge: Anarchy), Naomi Watts (The Impossible, 21 Grams), dan Mel Gibson (Hacksaw Ridge). Filem sains fiksyen thriller ini akan ditayangkan di Hulu pada Jumaat, 5 Mac 2021. Anda boleh saksikan trailer dibawah. 

Terperangkap dalam masa yang sering berulang pada hari dia dibunuh, bekas ejen pasukan khas Roy Pulver (Frank Grillo) mengungkap petunjuk mengenai projek rahsia kerajaan yang dapat membuka misteri di sebalik kematiannya.

Mengejar masa, Pulver harus memburu Kolonel Ventor (Mel Gibson), ketua program kerajaan yang berkuasa, dan dalam masa yang sama, dia perlu berusaha untuk keluar dari lingkaran waktu yang sering berulang, menyelamatkan bekas isterinya (Naomi Watts) dan hidup sekali lagi untuk hari esok.

Filem ini turut dibintangi Will Sasso (The Three Stooges), Ken Jeong (The Hangover), Annabelle Wallis (The Mummy), Michelle Yeoh (Star Trek: Discovery), Selina Lo, dan Meadow Williams.

Boss Level ditulis dan diarahkan pengarah The A Team, Joe Carnahana, Chris Borey (Open Grave) dan Eddie Borey (Open Grave, Deadly Beloved). Grillo dan Carnahan turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Randall Emmet, George Furla, Ridley Scott dan The Fyzz Facility Pictures.

https://youtu.be/19YQt45D5sM

Related posts

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

[TRAILER] Extraction 2: Bangkit Dari Kematian Dengan Aksi Yang Lebih Mendebarkan

Kakimuvee

Trailer Pertama Filem Korea “Cobweb” Arahan Kim Jee-Won Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Leave a Comment