Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Frank Grillo & Mel Gibson Bintangi Filem ‘Time-Loop’ Boss Level

Pelakon filem aksi, Frank Grillo dan Mel Gibson dilaporkan sedang dalam proses perbincangan untuk membintangi filem terbaru ala Groundhog Day yang berjudul Boss Level. Kedua-dua pelakon terbabit akan bersama-sama pengarah filem The A-Team, Joe Carnahan untuk terlibat dalam pengambaran filem aksi thriller itu.

Menurut laporan laman web Deadline, filem Boss Level akan mengisahkan Roy (lakonan Frank Grillo), seorang bekas veteren tentera elit di Vietnam yang terperangkap dalam masa yang berulang-ulang (time loop). Roy terpaksa mencari individu yang bertanggungjawab menyebabkan time-loop tersebut bagi menghentikan keseksaan yang dihadapi olehnya akibat terperangkap dalam ulangan masa.

Boss Level diterbitkan oleh Randall Emmett, George Furla, Lorenzo di Bonaventura dan Mark Vahradian. Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan filem berkenaan diumumkan.

sumber: comingsoon.net

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment