Francais Resident Evil Bakal Ke Platform Nexflix

54
views

Francais Resident Evil bakal menemui penonton di platform Netflix tidak lama lagi. Menurut laporan dari laman web Deadline, francais tersebut akan dijadikan rancangan bersiri.

Rancangan tersebut bakal mengembangkan lagi dunia Resident Evil dengan jalan cerita yang segar. Selain itu juga, racangan ini akan berkaitan dengan filem-filem Resident Evil dan turut menjanjikan adegan-adegan aksi dan “easter eggs” dari filem asal.

Francais sinematik Resident Evil bermula pada tahun 2002 yang dibintangi Milla Jovovich selaku pelakon utama. Filem aksi zombi ini merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari permainan video terkenal berjudul sama keluaran Capcom. Francais tersebut memiliki 6 filem dimana filem terakhir berjudul Resident Evil: The Final Chapter yang telah ditayangkan pada 2016.

Buat masa ini, rancangan Resident Evil ini masih dalam peringkat pembangunan dan akan meneruskan pengambarannya sejurus selepas mendapat pengarah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here