Studio Fox mengumumkan perubahan tarikh beberapa filem mereka yang melibatkan filem X-Men: Dark Phoenix, Alita Battle Angle dan Gambit.
Menurut laporan dari portal Deadline, tarikh tayangan filem X-Men: Dark Phoenix diubah dari 14 Februari 2019 kepada 7 Jun 2019. Tarikh tersebut diganti dengan sebuah lagi filem Fox iaitu Alita Battle Angel yang sepatutnya dijadualkan tayangan pada 21 Disember tahun ini.
Tempat Alita Battle Angel akan diisi filem Deadpool 2 versi PG-13 iaitu pada 21 Disember 2018. Tarikh tersebut akan menyaksikan Deadpool 2 berentap beberapa filem besar iaitu Aquaman dan Bumblebee.
Sementara itu, filem yang cukup lama dinantikan iaitu Gambit turut mengalami perubahan tarikh iaitu pada 13 Mac 2020. Filem ini kini sedang dalam pembangunan dan sepatutnya ditayangkan pada 7 Jun 2019.