Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fox Sah Milik Disney!


Selepas Comcast Corporation menyerah kalah dalam usaha mereka untuk memiliki aset Twenty-First Century Fox, syarikat The Walt Disney secara rasminya berjaya memiliki aset syarikat yang menjadi rebutan itu.

Dalam berita yang baru dikeluarkan, pemegang saham The Walt Disney dan 21st Century Fox bersetuju dengan bidaan sebanyak $71.3 billion dollar yang dilakukan oleh Disney dalam urusan pembelian tersebut. Semasa mesyuarat di New York, majoriti pemegang saham Disney meluluskan bidaan dalam tempoh 8 minit sahaja.

Dengan pembelian ini, Disney telah memiliki beberapa aset milik 21st Century Fox termasukan 39 peratus pegangan saham dalam European pay TV company Sky.

Bagi pengemar filem terutamanya peminat-peminat filem superher Marvel, berita ini pastinya mengembirakan mereka kerana aset-aset Marvel milik Fox seperti X-Men dan Fantastic Four bakal kembali ke Marvel Studios dan harapan untuk melihat karakter-karakter X-Men dan Avengers dalam satu filem akan menjadi kenyataan.

Selain itu juga beberapa francais Fox seperti Avatar, Planet of the Apes, Alien, Predator, Die Hard, Kingsman, Ice Age dan Night at the Museum serta rancangan televisyen seperti The Simpsons, Family Guy, The X-Files, Legion, American Horror Story dan The Orville akan berada dibawah seliaan Disney.



Related posts

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee

Sarah Desjardins & Cameron Monaghan Membintangi Filem Terbaru Disney ‘Tron: Ares’

Kakimuvee

Disney Kerugian AS$900 Juta Selepas Kegagalan Box Office Beberapa Filem Terbarunya

Kakimuvee

Review Filem: Elemental (2023)

Kakimuvee

[TRAILER] Pixar Tampil Dengan Filem Animasi Penggembaran Terbaru Bertajuk ‘Elio’

Kakimuvee