Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

FOX Mungkin Menjual Karakter X-Men dan Fantastic Four Kepada Disney?

Satu perkembangan menarik yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat filem Marvel. Studio 21st Century Fox dilaporkan akan menjual hampir keseluruhan asetnya yang melibatkan karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four kepada studio Walt Disney Co. dan menyaksikan Marvel Studios akan mendapat kembali karakter-karakter mereka yang sebelum ini telah dijual kepada Fox.

Menurut laporan dari CNBC,, 21st Century Fox telah berbincang dengan Disney mengenai penjualan karakter-karakter tersebut sejak beberapa minggu yang lalu dan Fox dilihat ingin menumpukan perniagaan mereka dalam bidang berita dan juga sukan.

Bagaimanapun, perbincangan diantara kedua-dua studio besar itu berjalan tidak begitu lancar dan buat masa ini, perbincangan mengenai pekara tersebut terhenti seketika.

Penjualan aset oleh Fox ini pasti melibatkan sejumlah wang yang besar, dan kedua-dua studio berkenaan pasti ingin mencari jalan yang terbaik bagi memastikan penjualan dapat berjalan dengan sempurna serta masing-masing mendapat keuntungan.

Jika kedua-dua studio besar berkenaan mencapai persetujuan, hasrat peminat untuk melihat karakter-karater X-Men dan Fantastic Four dalam dunia Marvel Cinematic Universe pasti akan tercapai dan Marvel Studios pula akan mempunyai banyak pilihan dalam menghasilkan filem-filem superhero mereka setelah karakter mereka yang hilang sebelum ini kembali kepada mereka.

Related posts

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Leave a Comment