Fox Merancang Hasilkan Filem Silver Surfer, Serta Perkembangan Terbaru Filem Fox/Marvel

431
views

Tiada tanda-tanda 20th Century Fox akan memperlahankan penghasilan filem-filem Marvel selepas studio berkenaan dibeli oleh Disney. Menurut laman web The Hollywood Reporter, Fox kini sedang giat merancang filem-filem karakter Marvel yang dimiliki oleh mereka.

Antara yang terbaru, studio berkenaan sedang merancang untuk hasilkan filem Silver Surfer yang mana filem tersebut akan ditulis oleh Brian K. Vaughan yang juga merupakan penulis komik. Filem tersebut merupakan antara projek ‘rahsia’ Fox termasuklah filem Doctor Doom yang pernah diura-ura akan dihasilkan oleh Fox. Kedua-dua filem spin-off Fantastic Four itu kini menyertai senarai filem-filem Marvel Fox yang bakal dikeluarkan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Sementara itu, beberapa siri filem X-Men kini sedang menunggu masa untuk memulakan pembikinan. Antaranya filem spin-off Deadpool berjudul X-Force arahan Drew Goddard yang akan memulakan penggambarannya Oktober ini. Manakala filem yang ditangguhkan tayangannya tahun ini, The New Mutants sedang melakukan beberapa siri penggambaran semula kerana terdapat penambahan karakter baru. Manakala status filem Gambit masih belum diketahui selepas penggambaran filem berkenaan ditangguhkan sementara.

Sebuah lagi filem spin-off X-Men yang mengisahkan tentang karakter Kitty Pryde kini dalam peringkat pembangunan. Filem berkenaan bakal diarahkan oleh bekas pengarah filem Deadpool Tim Miller dan ditulis Brian Michael Bendis.

Setakat ini 4 filem tanpa tajuk Fox/Marvel telah ditetapkan tarikh tayangan iaitu pada 22 November 2019, 13 Mac 2020, 26 Jun 2020 dan 2 Oktober 2020, bagaimanapun filem manakalah yang akan mengisi tarikh-tarikh tersebut tidak diketahui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here