Berita

Fox Lancarkan Poster Karakter Terminator: Dark Fate

Views

20th Century Fox telah melancarkan poster karakter filem terbaru mereka akan datang berjudul Terminator: Dark Fate. Anda boleh lihat poster-poster tersebut dibawah dan pilih karakter manakah yang akan menentukan nasib anda.

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) kini dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan garismasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate bakal menemui penonton pada 1 November ini.

BACA:  Trailer Bloodshot Lakonan Vin Diesel Telah Dilancarkan

Tinggalkan Balasan

shares