Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

FOX Hasilkan Siri TV X-Men Terbaru, Mempunyai Kaitan Dengan Filem


Mengentahui betapa kecewanya peminat terhadap siri televisyen Legion yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana filem X-Men, Fox segera mengumumkan yang mereka sedang merancang siri X-Men yang dikatakan akan mempunyai kaitan dengan filem-filem X-men.

Bagi menguatkan jaminan mereka, FOX telah memberi tanggungjawab kepada pengarah filem X-Men, Bryan Singer untuk menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Jim Chory, Simon Kinberg, dan Jeph Loeb bagi siri-siri X-Men yang akan dihasilkan kelak.

Legion tidak akan berkait dengan mana-mana filem X-Men

Tajuk siri X-Men yang masih tidak diketahui itu akan menceritakan dua ibu bapa yang mengetahui anak mereka mempunyai abiliti mutant terpaksa melarikan diri dari pihak kerajaan dan menyertai pertubuhan mutant untuk survive dan mengelakkan diri dari ditangkap oleh agensi kerajaan.

Siri ini akan dikeluarkan oleh 20th Century Fox Television dan Marvel Television dengan 20th Centuri Fox akan menjadi produksi utama.

“Developing a Marvel property has been a top priority for the network–and we are so pleased with how Matt Nix has led us into this thrilling universe,” David Madden

“There’s comic book adventure, emotional and complicated relationships, and a rich, existing mythology from which to draw. With the brilliant production crew behind this project, it has all the makings of a big, fun and exciting new series.”

Buat masa ini karakter yang bakal menjadi watak utama untuk siri terbaru X-Men ini masih tidak diketahui. Kami akan bawakan update terkini mengenai siri X-Men ini.


 


Related posts

Kim Kardashian Berubah Menjadi Mystique, Adakah Dia Akan Menggantikan Tempat Jennifer Lawrence Dalam Reboot X-Men?

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Keke Palmer Berminat Untuk Bawa Watak Rogue Dalam Reboot X-Men

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“Tunggu & Lihat” Komen Patrick Stewart Selepas Wataknya, Profesor X Muncul Dalam Trailer Doctor Strange 2

Kakimuvee