Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Penggambaran Thor: Love and Thunder di Australia sudahpun selesai lebih dua bulan yang lalu, dan kini Marvel Studios sedang menjalani penggambaran tambahan atau penggembaran semula filem MCU yang sangat dinantikan itu. 

Sehubungan dengan itu, telah tersebar foto dari set penggambaran filem keempat Thor yang memberikan pandangan pertama Christian Bale sebagai penjahat utama ‘Gorr the God Butcher’. Dalam foto tersebut, keseluruhan tubuh Bale kelihatan berwarna kelabu, dan dia mengenakan jubah Gorr the God Butcher, yang juga berwarna kelabu. Anda boleh lihat foto tersebut dibawah.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU ini merupakan kesinambungan Thor: Ragnarok (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.

Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.

Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.

Thor: Love and Thunder akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment