Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Penggambaran filem DC Extended Universe yang akan datang The Flash kini diteruskan di Glasgow, Scotland, dan terbaru beberapa foto belakang tabir mula tersebar di atas talian, menampilkan Batman yang kelihatan sedang menunggang Batcycle. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah. 

 

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Calle sebagau Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment