Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Penggambaran siri Star Wars: Andor kini sedang giat berjalan di UK, dan terbaru, beberapa foto dari set penggambaran telah dikongsikan diatas talian (melalui  StreetRogue Photography dan MakingStarWars.Net)

Gambar-gambar tersebut memberikan pandangan pertama Deigo Luna yang kembali ke francais Star Wars sebagai Cassian Andor. Selain itu juga, gambar tersebut turut mengesahkan penglibatan Shoretroopers, salah satu jenis Stormtroopers, yang diperkenalkan dalam filem spin-off Rogue One pada 2016. 

Penggambaran siri prekuel ini telah bermula pada November tahun lepas dengan Toby Haynes mengarah tiga episod pertama. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah. 

Siri Disney+ Andor menyaksikan kepulangan Diego Luna sebagai Cassian Andor. Ditetapkan lima tahun sebelum peristiwa Rogue One, siri ini akan mengikuti pengembaraan watak utama yang merupakan perisik pemberontak semasa tahun-tahun pembentukan Rebllion. Ia akan meneroka kisah pengintipan dan misi berani untuk mengembalikan harapan kepada galaksi yang berada dalam cengkaman Empire yang zalim.

Menyertai Luna adalah Genevieve O’Reilly sebagai Mon Mothma dan Alan Tudyk sebagai droid K-2SO, sidekick Cassian dalam filem Rogue One. Siri ini juga akan menampilkan Denise Gough, Stellan Skarsgård, Kyle Soller dan Adria Arjona.

Tony Gilroy, yang sebelum ini menjadi pengarah penggambaran semula Rogue One, akan menjadi Showrunner dan penerbit eksekutif. 

Related posts

Cheryl Hines & Margaret Cho Sertai Musim Ke-2 The Flight Attendant

Kakimuvee

Siri Netflix “Cowboy Bebop” Meluaskan Dunia Anime, Tetapi Tidak Melanggar Canon

Kakimuvee

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Leave a Comment