Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum


Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan pada 17 Disember ini, tetapi peminat nampaknya sudah tidak sabar untuk melihat trailer pertama filem ketiga Spider-Man Sony/Marvel itu. Apapun, sementara kita menantikan pelancaran trailer Spider-Man: No Way Home, mari kita lihat foto dari set penggambaran yang pasti membuatkan peminat teruja. 

Foto tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, menampilkan pandangan pertama yang kabur tentang pertemua Spidey dan Doctor Strange di Sanctum Sanctorum. 

Spidey kelihatan mendarat di atas kenderaan berhampiran ketika Sorcerer Supreme memerhatikannya dari rumah. Trak F.E.A.S.T,  organisasi yang terkenal dalam komik Marvel Spider-Man, turut kelihatan di latarbelakang gambar. Selain itu juga, Peter Parker nampaknya mengenakan suit berwarna merah dan hitam dari Spider-man: Far From Home. 

Sekadar berspekulasi – kehadiran Spider-Man di Sanctum Sanctorum mungkin kerana dia mahu mendapatkan bantuan Doctor Strange selepas identitinya rahsia mula terbongkar. 

Spider-Man: No Way Home diarahkan oleh Jon Watts dari lakon layar yang ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers. Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai Spider-Man / Peter Parker, dan dia akan disertai Benedict Cumberbatch, Zendaya, Jacob Batalon, Alfred Molina, Jamie Foxx, Marisa Tomei, J.K. Simmons, Tony Revolori, Angourie Rice, Martin Starr, Hannibal Buress, dan J.B. Smoove.


Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam pada 17 Disember 2021. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee