Berita

Foto Set Penggambaran SHANG-CHI Dedahkan Karakter Misteri

Views

Penggambaran Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings diteruskan dengan pendedahan beberapa imej serta video belakang tabir filem superhero Asia Marvel pertama itu. Dalam imej tersebut yang dimuatnaik media Australia, ia memaparkan karakter misteri sedang bergayut di helikopter.

Peminat berspekulasi bahawa karakter tersebut mungkin pandangan pertama Shang-Chi lakonan Simu Liu, dan ada juga yang berpendapat bahawa karakter misteri itu mungkin The Mandarin, lakonan Tony Leung. Anda boleh saksikan imej dan video belakang tabir dibawah.

Shang-Chi Filming – Set Video from marvelstudios

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi pelakon Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Michelle Yeoh dan petinju profesional, Florian Munteanu turut dilaporkan menyertai barisan pelakon filem Shang-Chi.

Destin Daniel Cretton bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini akan mengisahkan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings.

BACA:  ARTEMIS FOWL Akan Disiarkan Di Disney+

Penggambaran kini sedang giat dijalankan di Australia dan dijadualkan tayangannya pada 12 Februari 2021.

Tinggalkan Balasan

shares