
Beberapa foto set penggambaran Ms. MarvelĀ telah bocor di Internet, memaparkan pelakon utama Iman Vellani yang berpakaian kostum Ms. Marvel. Apa yang menarik, penampilannya sangat mirip dengan watak versi komik dan Vellani kelihatan hebat dengan pakaian seragam merah dan biru. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah.
Ms. Marvel adalah siri baharu yang memperkenalkan Kamala Khan, seorang remaja Pakistan-Amerika berusia 16 tahun yang membesar di Jersey City. Sinopsisnya seperti berikut: Ā āA great student, an avid gamer, and a voracious fanfiction scribe, she has a special affinity for superheroes, particularly Captain Marvel. But Kamala struggles to fit in at home and at schoolāthat is, until she gets superpowers like the heroes sheās always looked up to. Life is easier with superpowers, right?ā
Pelakon remaja Kanada, Iman Vellani akan memainkan watak utama sebagai Kamala Khan / Ms. Marvel. Siri MCU Disney+ ini akan diarahkan oleh Adil El Arbai dan Bilall Fallah (Bad Boy for Life) serta Sharmeen Obaid-Chinoy dan Meera Menon.
Obaid-Chinoy dikenali menerusi dokumentariĀ A Girl in the River: The Price of ForgivenessĀ danĀ Saving Face,Ā manakala Menon terkenal dengan beberapa siri televisyen termasuklahĀ You, For All MankindĀ danĀ The Punisher.
Kamala Khan pertama kali diperkenalkan dalam komikĀ Captain Marvel #14Ā yang diterbitkan pada 2013. Gadis berketurunan Pakistan-Amerika ini telah terdedah dengan āTerrigen Mists ā dan memberikan abiliti untuk berubah bentuk. Dia bukan sahaja mampu merenggangkan anggota bandannya untuk menjadi panjang dan lebar, tetapi dia juga mampu untuk mengecil dan membesar dengan saiz yang luar biasa.
Diinspirasikan oleh Carol Danvers, Khan pernah dinaikkan pangkat menjadi Captain Marvel, dan mengambil keputusan untuk menggunakan moniker Ms. Marvel dalam menentang jenayah dan melakukan kebaikan.
Ms. MarvelĀ dijangka akan ditayangkan di Disney+ pada penghujung tahun ini.
Sumber: Ā Just Jared
Ā