Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Pertama Tom Holland Dalam Filem Drama “Cherry”

AGBO Films telah mengeluarkan foto rasmi filem drama jenayah Cherry yang menampilkan Tom Holland sebagai watak utama. Filem arahan Russo Brothers ini dijadualkan tayangan dipawagam pada 26 Februari 2021 dan platform streaming Apple TV+ pada 12 Mac 2021. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

Cherry menceritakan kisah sebenar penulis Nico Walker (yang dilakonkan Holland), seorang anggota perubatan tentera yang kembali dari Iraq dengan PSTD yang tidak didiagnosis, Dia mengalami ketagihan opiod dan mula merompak bank. Walker telah ditangkap pada 2011 dan dijangka akan dilepaskan dari penjara pada 2020.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Ciara Bravo (Wayne) sebagai isteri Walker, Kelli Burglund (Now Apocalypse), Jack Reynor (Midsommar), Forrest Goodluck (The Revenant), Jeff Wahlberg (Dora and the Lost City of Gold), Michael Gandolfini (The Deuce) , Kyle Harvey (The After Party), dan Thomas Lennon (Reno 911!).

Filem ini diadaptasikan oleh Jessica Goldberg (The Path) bersama Angela Ostot (The Shield). Russo Brothers turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Chris Castaldi.

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee