Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto Lokasi Penggambaran “The Flash” Dedah Pandangan Pertama Supergirl


Pandangan pertama Sasha Calle sebagai Supergirl telah didedahkan dalam foto terbaru di set penggambaran The Flash. 

Dalam foto tersebut, peminat boleh melihat Calle memakai sut penuh Supergirl. Ini merupakan penampilan pertama Girl of Steel dalam DC Extended Universe (DCEU). Selain itu juga, Calle akan menjadi pelakon wanita Latin pertama yang membawa watak superhero popular, dan pelakon wanita kedua yang memainkan peranan Supergirl di layar perak.

Anda boleh foto set penggambaran The Flash dibawah, yang menampilkan Sasha Calle sebagai Supergirl.

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 


Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Calle sebagau Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee