Slot Asia

“Forest Of Secrets 2” Bermula Baik Dengan Mencatatkan Rating Ke-2 Tertinggi Dalam Sejarah Drama Hari Minggu tvN

Views

Musim kedua Forest of Secrets telahpun menayangkan episod pertamanya pada 15 Ogos yang lalu, dan mencatatkan permulaan yang mengagumkan.

Drama thriller lakonan Cho Seung Woo dan Bae Doona itu mencatatkan purata rating sebanyak 7.6 peratus dan kemuncaknya 8.9 peratus, sekaligus mengatasi rating tertinggi yang dicapai musim pertama drama ini sepanjang keseluruhan tayangannya. 

Selain itu juga, tayangan perdana Forest of Secrets 2 ini meraih penarafan kedua tertinggi dari mana-mana drama Sabtu-Ahad dalam sejarah tvN, dibelakang drama popular Mr. Sunshine (2018). Forest of Secrets 2 turut menguasai tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuklah rangkaian siaran awam. 

Sementara itu, drama hari minggu KBS 2TV, Once Again kekal popular dikalangan penonton dengan mencatatkan puratar rating sebanyak 26.9 peratus dan 31.4 peratus untuk dua bahagiannya. Drama JTBC, Graceful Friends mencatatkan rating 4.5 peratus manakala drama OCN, Train mencatatkan rating 1.2 peratus.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks