Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ford v Ferrari Kuasai Carta Box Office, Charlie’s Angels Tersungkur

Filem biografi drama terbitan 20th Century Fox, Ford v Ferrari berjaya menguasai carta box office domestik Amerika Syarikat apabila meraih sebanyak $31 juta dolar pada minggu pembukaan. Filem arahan James Mangold dan lakonan Matt Damon serta Christian Bale itu turut mencatatkan prestasi yang baik dipasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $21.4 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan minggu pembukaan sebanyak $52.4 juta dolar.

Ditempat kedua adalah filem perang Midway terbitan Lionsgate yang mencatatkan kutipan sebanyak $8.75 juta dolar, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sejak ia ditayangkan kini mencecah $53.7 juta dolar. Bagaimanapun, kutipan tersebut masih jauh untuk menyamai kos pembikinan sebanyak $100 juta dolar.

Filem terbitan Sony Charlie’s Angels bagaimanapun tidak bernasib baik apabila hanya meraih $8.6 juta dolar pada minggu pembukaan. Untuk pasaran antarabangsa pula, filem reboot sekuel itu hanya mengutip $19.3 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $27.9 juta dolar. Sony dilaporkan telah memotong separuh dari bajet pemasaran, dan maklumbalas negatif yang diterima menyukarkan lagi Charlie’s Angel dipentas box office.

Untuk filem-filem lain, Playing With Fire lakonan John Cena berjaya meraih $8.55 juta dolar menjadikan jumah keseluruhan sebanyak $25.4 juta dolar. Last Christmas terbitan studio Universal menambah $6.7 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $35.5 juta dolar.

Filem terbaru Warner Bros., Doctor Sleep mencatatkan penurunan penonton apabila hanya meraih $6.1 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $53.8 juta dolar.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment