Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Footage Terbaru Dalam Trailer Antarabangsa Thor: Ragnarok


Marvel Studio telah melancarkan trailer terbaru Thor: Ragnarok khas untuk pasaran China. Dalam trailer terbaru itu, mereka telah menambah beberapa footage terbaru dalam trailer tersebut. Saksikan trailer terbaru Thor: Ragnarok pada pelayar video dibawah.

Filem arahan Taika Waititi itu dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor, Tom Hiddleston sebagai Loki, Mark Ruffalo sebagai Hulk, Idris Elba sebagai Heimdall dan Sir Anthony Hopkins sebagai Odin. Ia juga menampilkan beberapa muka baru seperti Cate Blanchett yang memegang watak Hela, penjahat dalam Thor: Ragnarok, Tessa Thompson sebagai Valkyrie,  Jeff Goldblum sebagai Grandmaster dan Karl Urban sebagai Skurge. Benedict Cumberbatch pula akan turut berada dalam filem ini sebagai Dr. Strange

Thor: Ragnarok menyaksikan Thor telah dipenjarakan didunia lain selepas kehilangan Mjolnir yang dihancurkan oleh Hela. Thor hanya mempunyai masa yang cukup singkat untuk pergi ke Asgard bagi menghentikan Hela dari memusnahkan dunianya dan menamatkan tamadun Asgardian. Tetapi sebelum itu, Thor terpaksa melepasi pertandingan Gladiator yang dianjurkan oleh Grandmaster dengan menentang bekas sekutunya dalam Avengers, Hulk

Filem terbaru Marvel itu akan mula ditayangkan di tayangan Malaysia pada 26 Oktober 2017

 


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee