Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Flower Of Evil” & “When I Was The Most Beautiful” Catat Rekod Peribadi

Dua drama Rabu-Khamis mencatat rekod peribadi rating penonton. 

Menurut Nielsen Korea, drama MBC, When I Was The Most Beautiful merekodkan rating purata sebanyak 2.6 peratus dan 3.5 peratus. Peningkatan dari rating 2.8 peratus dan 3.0 peratu yang dicatatkan pada minggu lalu, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Drama tvN, Flower of Evil kembali menemui penonton selepas tidak ditayangkan pada Khamis yang lalu. Episod terbaru mencatatkan rating penonton sebanyak 4.7 peratus, peningkatan dari episod sebelumnya. 

When i Was the Most Beautiful menceritakan kisah cinta yang memilukan tentang dua saudara lelaki yang mencintai wanita yang sama Oh Ye Ji (Im Soo Hyang), seorang seniman seramik yang mengimpikan kehidupan biasa. Ji Soo memainkan peranan sebagai Seo Hwan, seorang pereka seni bina yang jatuh cinta pada Oh Ye Ji pada pandangan pertama, sementara Ha Seok Jin sebagai Seo Jin, pemandu rali yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.

Flowers of Evil berkisarkan tentang Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) yang merupakan seorang detektif dan dia sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) sehingga mereka mempunyai seorang anak perempuan. Baek Hee-Sung nampak seperti ayah dan suami yang bertanggungjawab, tetapi dia mempunyai masa silam yang kejam di mana dia dulunya merupakan seorang pembunuh bersiri.

Baek Hee-Sung menyembunyikan masa silamnya dan hidup menggunakan identiti penyamaran, dia berjaya memperdayakan isterinya. Cha Ji-Won mengetahui tipu dayanya dan memburu “masa silam” suaminya.

 

Related posts

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Na In Woo Akan Ganti Tempat Ji Soo Dalam “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Ji Soo Disingkirkan Dari Drama “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

Peranan Ji Soo Dalam “River Where the Moon Rises” Akan Diganti Dengan Pelakon Lain?

Isqandar

8 K-Drama Menarik Yang Akan Ditayangkan Mac Ini

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman