Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Flower Of Evil Terus Catat Peningkatan Rating!


Dengan tinggal dua episod sahaja lagi, drama tvN Flower of Evil tidak menunjukkan sebarang tanda untuk turun.

Pada 16 September, drama misteri thriller lakonan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won telah mencapai rating tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, Flower of Evil telah mencatatkan purata rating sebanyak 4.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 5.4 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi. 

Selain itu juga, Flower of Evil turut menjadi pilihan penonton berusia 20 hingga 49 tahun apabila menduduki tangga pertama dalam slot waktunya disemua saluran – termasuklah rangkaian awam.

Flowers of Evil berkisarkan tentang Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) yang merupakan seorang detektif dan dia sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) sehingga mereka mempunyai seorang anak perempuan. Baek Hee-Sung nampak seperti ayah dan suami yang bertanggungjawab, tetapi dia mempunyai masa silam yang kejam di mana dia dulunya merupakan seorang pembunuh bersiri.

Baek Hee-Sung menyembunyikan masa silamnya dan hidup menggunakan identiti penyamaran, dia berjaya memperdayakan isterinya. Cha Ji-Won mengetahui tipu dayanya dan memburu “masa silam” suaminya.


Sementara itu, drama MBC, When I Was the Most Beautiful mencatat purata rating sebanyak 2.7 peratus dan 3.6 peratus untuk dua bahagiannya.

Sumber: Soompi


Related posts

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

My Dearest Part 2 Pecah Rekod, Catat Rating 2 Digit

Kakimuvee

The Kidnapping Day Kekalkan Rating Tinggi Menjelang Episod Akhir

Kakimuvee

MBC Berkolaborasi Dengan Pengarang A Good Day To Be A Dog Untuk Keluarkan Poster Istimewa

Kakimuvee