Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Flower Of Evil” Bermula Baik, “CHIP-IN” Catat Sedikit Peningkatan Penonton


Drama thriller tvN, Flower of Evil telah memulakan episod pertamanya 29 Julai yang lalu.

Menurut Nielsen Korea, episod perdana mencatatkan purata rating sebanyak 3.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.7 peratus, manakala rating dikalangan penonton berusia 20-49 tahun adalah 2.0 peratus dan kemuncaknnya 2.3 peratus.

Dibintangi Moon Chae Won dan Lee Joon Gi, Flowers of Evil berkisarkan tentang Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) yang merupakan seorang detektif dan dia sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) sehingga mereka mempunyai seorang anak perempuan. Baek Hee-Sung nampak seperti ayah dan suami yang bertanggungjawab, tetapi dia mempunyai masa silam yang kejam di mana dia dulunya merupakan seorang pembunuh bersiri.

Drama MBC,  CHIP-IN mencatatkan sedikit peningkatan rating pada minggu ini iaitu 3.0 peratus dan 3.9 peratus berbanding minggu lepas dimana ia mencatatkan rating 2.8 peratus dan 3.3 peratus.

Untuk drama-drama lain, Into the Ring merekod rating 2.7 peratus dan 3.3 peratus, manakala dalam JTCB, Was It Love mencatatkan rating 2.1 peratus.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee