Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Florence Pugh, Vera Farmiga Sertai Barisan Pelakon “Hawkeye”

Selepas dikaitkan dengan Hawkeye, Florence Pugh akhir disahkan menyertai Jeremy Renner dan Hailee Steinfeld dalam siri Disney+ Marvel akan datang.

Selain itu juga, Hawkeye turut menambah enam pelakon lain termasuklah bintang The Conjuring, Vera Farmiga. 

Pugh akan meneruskan peranannya dalam filem Black Widow, Yelena Belova, makala Farmiga akan menjadi Elanor Bishop, ibu kepada Kate Bishop lakonan Steinfeld. Pelakon lain yang membintangi siri ini adalah Fra Fee (Animals), Tony Dalton (Better Call Saul), Alaqua Cox dan Zahn McClarnon (Doctor Sleep). 

Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan siri terbaru ini bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Cinematic Universe. Mengikut versi komik, Barton telah melepaskan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.

Hawkeye akan diarahkan oleh Amber Finlayson dan Katie Ellwood (Troop Zero) bersama-sama Rhys Thomas (Staten Island Summer). Siri terbaru Disney+ MCU ini akan ditayangkan di platform steaming Disney+ pada musim luruh 2021. 

Hawkeye kini sedang menjalani penggambaran di Brooklyn, New York.

Sumber: Comingsoon

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee