Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Florence Pugh, Olivia Colman Sertai Sekuel “Puss in Boots”

Selepas hampir sedekad perancangannya, sekuel Puss in Boots nampaknya menunjukkan perkembangan. 

Menurut Deadline, Universal Pictures telah mengumpulkan barisan pelakon suara bertaraf bintang untuk menyertai Antonio Banderas, yang kembali memainkan semula peranannya sebagai pendekar pedang kucing.


Antara yang membintangi Puss in Boots: The Last Wish adalah Florence Pugh (Black Widow, Hawkeye), Olivia Colman (The Crown), Harvey Guillén (What We Do in the Shadows), John Mulaney (Chip ‘n Dale: Rescue Rangers),  Da’Vine Joy Randolph (The Lost City), Anthony Mendez (Jane the Virgin), Samson Kayo (Our Flag Means Death), dan Ray Winstone (Black Widow).

Di samping itu, turut disahkan bahawa calon Oscar Salma Hayek (Eternals) secara rasmi mengulangi watak suarannya sebagai Kitty Softpaws dari filem tahun 2021. Hayek akan menerajui sekuel bersama Antonio Banderas sebagai Puss in Boots da Harvey Guillén yang akan membawa watak anjing, Perro.

Puss in Boots: The Last Wish diarahkan secara bersama oleh Joel Crawford dan Januel Mercado, dengan Mark Swift sebagai penerbit. Kesemua mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem animasi tahun 2021, The Croods: A New Age.

“Sekuel ini sekali lagi akan mengikuti kisah Puss in Boots ketika dia mendapati bahawa minatnya untuk menggembara akan menjejaskannya kehidupannya. Dia telah menggunakan lapan dari sembilan nyawanya, menyebabkan dia hanya memiliki satu lagi nyawa. Puss memulakan perjalanan epik untuk mencari Mitos Last Wish dan memulihkan sembilan nyawanya.”

Filem ini dijadualkan tayangan pada 23 September tahun ini, dan bakal berentap dengan filem psikologikal thriller Don’t Worry Darling yang dibintangi Olivia Wilde dan Florence Pugh.

Puss in Boots merupakan spin-off kepada francais Shrek yang ditayangkan pada 2011. Filem animasi tersebut telah memperoleh kutipan box office sebanyak AS$555 juta dan tercalon dalam kategori Filem Animasi Terbaik di Anugerah Academy Ke-84. 

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment