Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Florence Pugh Nafi Yelena Belova Akan Menjadi Black Widow Yang Baru


Seperti yang anda tahu, watak Natasha Romanov telahpun terbunuh dalam filem Avengers: Endgame. Memandangkan filem solonya, Black Widow ditetapkan sebelum peristiwa Avengers: Infinity War, terdapat spekulasi dikalangan peminat bahawa gelaran Black Widow mungkin akan berpindah ke karakter Yelena Belova lakonan Florence Pugh.

Walaupun versi komik menyaksikan Yelena Belova menggunakan gelaran Black Widow, tetapi untuk versi sinematik, karakter tersebut tidak akan menjadi Black Widow yang baru.

Menurut Pugh semasa ditemubual Uproxx baru-baru ini, karakternya tidak akan meneruskan peranan Black Widow dalam filem akan datang walaupun peminat berharap ianya akan berlaku. Menurutnya lagi, Black Widow bukanlah filem yang menyaksikan Natasha memberi gelaran Black Widow kepada Yelena, sebaliknya sebuah filem yang akan memperingati peranan Natasha Romanov.

“Tidak, apabila kita membuatnya, ia tidak begitu seperti itu,”

“Saya katakan dengan jujur, filem ini tidak seperti memberi obor kepada orang lain. Dan saya fikir halatuju dan perasaan dan getaran di belakangnya adalah tulen semasa cuba membuat cerita yang rumit dan menyakitkan ini. Banyak peminat menunggu filemnya, dan saya percaya ramai yang akan menghargai filem ini”


“Kate melakukan kerja yang luar biasa untuk menunjukkan kedua-dua gadis itu berkongsi sejarah dan kesakitan mereka,”

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Filem terbaru Marvel ini dibintangi oleh Scarlett Johansson yang meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov, Rachel Weisz dan beberapa pelakon lain.

Setakat ini, plot filem masih lagi tidak diketahui. Black Widow bakal menemui penonton pada 1 Mei 2020.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee