Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

FiTA Studios Terbitkan Filem Seram Thailand Berjudul Realms

FiTA Studios mengorak satu lagi langkah besar dalam meneroka pasaran antarabangsa apabila menerbitkan sebuah filem seram Thailand yang berjudul Realms: Your Nightmare Will Find You. FiTA Studios atau nama penuhnya Fakulti Filem, Teater dan Animasi Studios Sdn. Bhd. yang sebelum ini pernah membawa Chowrasta ke India untuk pasaran negara tersebut telah bekerjasama dengan produksi popular Thailand iaitu Film Frame Productions untuk menghasilkan filem seram tersebut.

Realms sebuah naskah seram yang menjanjikan hasil yang terbaik dan dibintangi barisan pelakon popular Thailand seperti Praya Lundberg, Golf Pichaya dan Air Phantila. Selain itu juga, dua pelakon Hollywood Ryan Kelly dan Madison McKinly turut membintangi filem seram hebat ini.


Menurut Penerbit Eksekutif FiTA Studios, A. Latiff Mohaideen, beliau mendedahkan sebab mengapa mereka memilih menerbitkan naskah daripada negara Thailand sebagai permulaan.

“Kami memilih Thailand sebagai permulaan kerana pasaran filem negara ini sudah diperingkat antarabangsa sejak dahulu lagi. Selain itu, kita juga tahu populasi mereka sangat besar dan kami lihat Realms sebuah filem seram yang mampu menawan peminat filem negara ini,” 

Tambahnya lagi FiTA Studios juga merupakan syarikat penerbitan pertama di Malaysia yang menerbitkan filem luar negara. Ia sekaligus menjadikan FiTA Studios syarikat bumiputera pertama yang mengeksport filem luar negara ke negara lain termasuk Malaysia.

“Kami percaya peluang meneroka pasaran filem luar negara akan memberi pulangan balik kepada FiTA Studios. Filem ini menelan kos belanja mencecah AS$2 juta (RM8 juta), dan kami mensasarkan kutipan tayangan sebanyak AS$10 juta (RM40 juta),” katanya.

Realms yang diarahkan oleh pengarah dari Amerika Syarikat, Daric Gates bakal memasuki pawagam di Malaysia bermula 18 Januari 2018.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

KERJASAMA EKSKLUSIF ANTARA SUKE TV DAN iQIYI SAJIKAN RANCANGAN TEMPATAN BUAT PENONTON ANTARABANGSA

Kakimuvee

Leave a Comment