Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

‘First Look’ MAEL TOTEY Telah Didedahkan


Astro Shaw telah melancarkan teaser Mael Toteyyang memaparkan pandangan pertama filem arahan YouTuber dan pelakon Syahmi Sazli. Diterbitkan Syahmi Sazli Production, Mael Totey The Movie akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 pada 22 Oktober ini. 

Anda boleh saksikan teaser dipemain video dibawah. 

Dalam teaser yang dimuatnaik di laman Instagram Astro Shaw, ia memaparkan Mael pergi berjumpa Zaitan selepas diajak berjumpa. Tetapi, disebabkan ingin sangat berjumpa Zaiton, Mael tidak sempat menghabiskan potongan rambutnya – sekaligus memberi gambaran komedi yang bakal disaksikan penonton.

Filem Mael Totey diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan diantaran antara RM300,000 sehingga RM400,000. 

Selain mengarah, Syahmi turut menyertai barisan pelakon seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.


Sumber: Astro Shaw Instagram

https://www.instagram.com/p/CGUQQU0Jny1/?igshid=1fjzcakz6isru


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee