Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

First Class Adalah Filem Yang Mengubah Secara Keseluruhan Timeline X-Men?

Antara persoalan yang kerap timbul kepada peminat-peminat filem X-Men baik di Malaysia ataupun Antarabangsa adalah bagaimana timeline filem X-Men boleh berubah. Ya dala filem X-Men: Days of Futures Past dengan jelas menunjukkan bagaimana perubahan time tersebut.

Tetapi terdapat teori dari peminat sebenarnya bukan Logan menjadi individu yang bertanggungjawab mengubah realiti timeline X-men, tetapi terdapat individu lain yang mengubahnya terlebih dahulu.

Ok mari kita versi asal timeline filem X-Men bermula dari tahun 1962

1962 – Event X-Men: First Class

1979 – Event X-Men Origin: Wolverine

1985 – Profesor X & Magneto melawat Jean Grey, (Flasback filem X-Men: The Last Stand) Profesor X tidak lumpuh dan mampu berjalan.

2004 – Event X2

2005 – Event X-Men: The Last Stand

2007 – Event The Wolverine

2009 – Profesor X dan Magneto berjumpa Wolverine di End Credit filem The Wolverine

2023 – Event X-Men: Days of Future Past (Wolverine kembali ke tahun 1979 dan mengubah kesemua timeline asal X-Men).

tahukah anda apa “kecacatan” yang anda akan perasan dalam timeline tersebut, baik dari versi asal ataupun yang telah diubah? Profesor X lumpuh sejak event First Class, Emma Frost dalam dua event berbeza, dalam filem First Class dan X-Men Origin yang menunjukkan versi muda remaja berbanding First Class serta hubungan Profesor dan Magneto yang begitu baik sehingga tahun 1985 sedangkan dalam event First Class mereka sudah mula berpisah.

Kecacatan tersebut telah mendorong teori peminat bahawa terdapat mutant lain yang telah mengubah timeline X-Men terlebih dahulu pada tahun 1962 sebelum Logan mengubahnya sekali lagi 1979.

Mutant yang dimaksudkan ialah Sebastian Shaw. Teori tersebut bermula apabila Shaw yang muncul dalam filem pertama X-Men telah bersama-sama Emma Frost pergi ke tahun 1940 dan secara tidak langsung mengubah timeline X-Men. Antaranya Profesor X lumpuh sejak 1962 dalam filem First Class sedangkan dia mampu berdiri elok dalam filem The Last Stand, berlaku perubahan fizikal pada Profesor X disebabkan perubahan Timeline yang dilakukan oleh Sebastian Shaw.

Banyak lagi perubahan berlaku selepas First Class termasuklah Mystique yang menjadi salah sorang orang penting X-Men di X-Mansion, hubungan Magneto dan Profesor X dan sebagainya.

Jadi, berdasarkan teori berkenaan, sebenarnya event First Class lah yang mengubah banyak pekara dalam timeline X-Men, dan Days of Future Past adalah timeline change kedua dalam X-Men. Apapun ia adalah teori peminat, yang sebenar-benarnya, ia adalah kesilapan yang dibuat oleh pengarah-pengarah filem X-Men yang tidak konsisten dalam mengaitkan filem diantara satu sama lain.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment