Berita

Finn Cole, Anna Sawai & Vinnie Bennett Read Sertai Barisan Pelakon Fast & Furious 9

Views

Selepas mengumumkan kepulangan Jordana Brewster dalam keluarga The Fast & The Furious, filem kesembilan Fast & Furious 9 menambah tiga lagi pelakon, iaitu Finn Cole, Anna Sawai dan Vinnie Bennett

Setakat ini tidak diketahui apakah watak yang bakal dibawa oleh mereka.

Cole dikenali menerusi rancangan Animal Kingdom dan drama Netflix Peaky, manakala Sawai terkenal menerusi Ninja Assassin dan Bannett menerusi filem Ghost in The Shell.

Filem kesembilan francais Fast and Furious akan datang tidak disertai pelakon Dwayne “The Rock” Johnson disebabkan pelakon tersebut terlibat dengan projek spin off Hobbs & Shaw. Bagaimanapun tempat ‘The Rock’ digantikan bekas seterunya di gelanggang gusti, John Cena.

Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filem Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam.

BACA:  Frozen 2, Toy Story 4 Antara Pencabar Upin & Ipin Ke Pencalonan Oscars 2020

Tinggalkan Balasan

shares