Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

FINAS Siasat Penjualan Filem Cetak Rompak Di Platform E-Dagang

Platform e-dagang menjadi tempat yang mudah bagi para peniaga menjual produk mereka. Namun begitu, terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual filem-filem cetak rompak, khusus filem-filem tempatan.

Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang menjalankan siasatan berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahamd Idham Nadzri, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompat di platform terbabit.

Beliau menjelaskan pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.

“Kami akan menyiasat dua pihak iaitu pihak e-dagang dan mereka yang menjual filem-filem tersebut.

“Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem-filem tersebut.

“Berdasarkan laporan yang kami terima, mereka tidak mendapat kebenaran dari penerbit untuk menjual filem-filem tersebut,”

Ahmad Idham turut memaklumkan bahawa pihak akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang berkenaan sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham menjelaskan pihaknya akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang berkenaan sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak.

Beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dan Ada Apa Dengan Dosa dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee.

Sumber: Astro Awani.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Leave a Comment