Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

FINAS Mahu Kerajaan Tapis Kandungan Netflix

Satu cadangan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mungkin mendapat pelbagai reaksi dari pelanggan Netflix.

Menurut beberapa laporan media tempatan, Finas dilaporkan mahu kerajaan mengawal isi kandungan program yang disiarkan di platform penstriman popular itu.

Berdasarkan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Nadzri, Finas memadangan serius pekara itu kerana isi kandungan Netflix tidak ditapis dan dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang

“Walaupun penapisannya bukan di bawah bidang kuasa Finas tetapi kita serius mengenai hal ini kerana kandungannya boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau.”

“Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka,”

Menurut CEO Finas itu lagi, beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tetapi tiada sebarang tindakan susulan mengenainya.

Cadangan yang cuba dikemukakan Finas mungkin berniat baik dengan tujuan untuk menyekat segala pekara negatif yang mungkin ada pada isi kandungan Netflix, tetapi tidak semua pelanggan Netflix akan bersetuju dengan cadangan tersebut, lebih-lebih lagi Netflix memiliki pilihan “parental controls” yang efisien dalam menyekat kandungan negatif dari dicapai penonton bawah umur.

Jadi kepada pelanggan Netflix, adakah anda bersetuju dengan cadangan Finas agar isi kandungan Netflix ditapis terlebih dahulu? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment