
Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional Malaysia (FINAS) mendedahkan bahawa terdapat sembilan syarikat produksi berkemungkinan menyeleweng Dana Kandungan Digital (DKD) yang diberikan baru-baru ini.
Menurut Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, jumlah dana membabitkan sembilan produksi itu melibatkan dana sebanyak RM11 juta dan berharap pihak produksi tersebut dapat menghubungi FINAS atau tindakan akan diambil.
“Ada sembilan lagi syarikat produksi yang gagal dikesan dan kita berharap mereka akan tahu mengenainya melalui pendedahan media. Kita juga mahu mengentahu sama ada projek mereka berjalan atau pun tidak.
“Kalau berjalan dan masih perlu menambah dana kita akan bantu. Kalau dah tidak berjalan, kembalikan semula dana dan kita boleh jalankan projek baru,”
Zakaria berkata, FINAS akan memberi tempoh sehingga hujung Disember ini untuk sembilan produksi itu tampil mencari jalan penyelesaian.
Tambahnya lagi, dia sebolehnya tidak mahu mengheret produksi tersebut ke muka pengadilan kerana ia akan menjejaskan rekod syarikat produksi yang mana ia akan mengakibatkan mereka disenarai hitam dan tidak boleh memohon dana lagi pada sama hadapan.
Pada Julai lalu, FINAS telah menyerahkan surat tawaran DKD fasa pertama sebanyak 44 buah syarikat produksi menerima dana berjumlah RM32 juta.
Sumber: Cinema Online