
Musim pertama siri Marvel Disney+ Secret Invasion telah pun berakhir semalam. Namun, episod finale-nya tidak mendapat pujian para pengkritik apabila hanya mendapat skor sebanyak 13% di Rotten Tomatoes.
Siri itu kini menjadi rancangan Disney+ Marvel Studios yang mendapat skor terendah di RT iaitu 56% dengan episod terakhir menjadi episod yang paling rendah skor RT iaitu 13%. Episod pertama yang bertajuk ‘Ressurrection’ menjadi episod yang mendapat skor tertinggi iaitu 52%, tetapi masih lagi berada dalam lingkungan ‘Rotten.’
Secret Invasion menampilkan barisan pelakon yang cukup hebat, namun siri itu gagal meneroka jalan cerita yang penuh potensi dan masa yang sangat singkat untuk mengembangkan karater-karater dalam siri itu serta subplotnya.
Secret Invaision menyaksikan Fury yang perlu bergabung dengan sekutunya untuk menghentikan pencerobohan Skrull dan menyelamatkan dunia.
Siri terbaru Marvel Disney+ ini telah memulakan tayanganya pada 21 Jun 2023 dan telahpun berakhir 26 Julai yang lalu.
Veteran MCU yang terdiri daripada Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Cobie Smulders, Martin Freeman, dan Don Cheadle kembali meneruskan peranan mereka.
Siri itu juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh ingsley Ben-Adir, Emilia Clarke, dan Olivia Colman
Penonton boleh menyaksikan kesemua episod Secret Invasion di Disney+ Hotstar