Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Finale “One The Woman” Capai Rating Tertinggi Sepanjang Tayangannya

Drama SBS One the Woman berakhir dengan jayanya.

Pada 6 November, siri finale drama hit lakonan Honey Lee dan Lee Sang Yoon itu telah mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terakhir One the Woman telah mencatatkan skor 17.8 peratus dan kemuncaknya 22.7 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.


Sementara itu, drama tvN Jirisan telah merekodkan purata rating 8.0 peratus untuk episod kelima, mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya di smua saluran kabel. Jirisan boleh di strim di perkhidmatan streaming iQiyi.

Drama terbaru tvN Happiness, lakonan Park Hyung Sik dan Han Hyo Joo, telah menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran tv kabel. Episod kedua drama itu telah mencatatkan rating 3.2 peratus. 

Dua drama menyaksikan penurunan jumlah penonton pada minggu ini. Drama JTBC, Inspector Koo hanya mencatatkan rating 2.0 peratus untuk episod ketiga, manakala drama OCN Chimera mencatatkan rating 0.9 peratus, juga untuk episod ketiga.

Akhir sekali, drama KBS 2TV, Young Lady and Gentlemen mencapai rating hari sabtu tertinggi setakat apabila episod terbarunya mencatatkan rating 27.8 peratus.

Related posts

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment