Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Finale “Mr. Queen” Capai Penilaian Ke-5 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Drama hit tvN Mr. Queen berakhir dengan rating yang cukup baik.

Pada 14 Februari, episod terakhir drama yang dibintangi oleh Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun itu telah mencapai penilaian tertinggi sepanjang siarannya.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), finale Mr. Queen telah memperolehi purata skor sebanyak 17.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 19.3 peratus, menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran (termasuk rangkaian siaran awam).

Penilaian itu bukan sahaja mencipta rekod peribadi drama tersebut, tetapi turut meletakkan Mr. Queen di kedudukan kelima dalam senarai penilaian tertinggi dalam sejarah tvN, dibelakang Crash Landing on You, Goblin, Reply 1988 dan Mr. Sunshine.

Sementara itu, Love (ft. Marriage and Divorce) memecahkan rekodnya sendiri, yang juga merupakan rating tertinggi dalam sejarah TV Chosun. 

Episod terbaru drama tersebut telah mencatatkan purata skor sebanyak 9.7 peratus, sekaligus mencipta rekod baru untuk rancangan itu dan juga rangkaian TV Chosun. Love (ft. Marriage and Divorce) boleh ditonton di Netflix.

Akhir sekali di KBS 2TV, drama Homemade Love Story menikmati peningkatan jumlah penonton berbading episod sebelumnya, dengan memperoleh purata rating sebanyak 31 peratus dan 32.8 peratus untuk dua bahagiannya.

Related posts

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

Leave a Comment