Slot Asia

Finale Forest Of Secrets 2 Capai Rating Tertinggi, Homemade Love Story Cipta Rekod Peribadi

Views

Drama KBS 2TV Homemade Love Story dan tvN Forest of Secrets 2 telah mencapai rating tertinggi malam semalam.

Pada 4 Oktober, episod finale Forest of Secrets 2 telah mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen Korea, season finale telah mencatatkan purata rating sebanyak 9.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 10.1 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Turut memecahkan rekod sendiri adalah dalam terbaru KBS, Homemade Love Story. Episod keenam drama tersebut telah mencatatkan purata rating sebanyak 22.9 peratus dan 26.5 peratus untuk dua bahagiannya. 

Akhir sekali, drama OCN, Missing: The Other Side menikmati peningkatan tontonan dengan purata rating sebanyak 3.5 peratus. 

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks