Berita

Finale Fast & Furious Akan Terbahagi Kepada Dua Filem

Views

Setiap francais filem pasti ada pengakhirannya. Begitu juga francais Fast & Furious yang semakin menghampiri penamat. Ketika ditemubual majalah Total Film baru-baru ini, bintang utama Vin Diesel memberi 'hint' bahawa finale Fast & Furious mungkin akan terbahagi kepada dua filem.

I started planning for Fast 10 before we started filming Fast 9very much so,”

The universe is so robust and so rich with talent and rich with story that, on one level, it’s totally feasible to have spinoffs, and I think that’s something that is inevitable. Universal deserves it because of how much they’ve invested in this little saga, and it’d be good to give back to Universal. And for the fans, should Fast 10 parts one and two be the conclusion, it would be nice for this world to continue for generations to come.

Francais Fast & Furious memiliki 9 buah filem termasuklah spin off berjudul Hobbs & Shaw yang ditayangkan pada tahun lalu. Filem yang dibintangi Dwayne Johnson dan Jason Statham itu menerima respon positif dari para peminat dan pengkritik serta sukses dari segi komersial apabila berjaya meraih $760 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $200 juta dolar. Hobbs & Shaw merupakan salah satu daripada tiga spin off yang dirancang, termasuklah sebuah filem yang akan memberi fokus kepada karakter wanita - yang kini sedang dalam pembangunan.

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya sebagai Dominic Toretto. Dia turut disertai Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Jordana Brewster sebagai Mia Toretto, Tyrese Gibson sebagai Roman Pierce, Ludacris sebagai Tej Parker, Enrique Guzman sebagai Simon Toretto, Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, Helen Mirren sebagai Magdalene Shaw dan Charlize Theron sebagai Cipher. Filem akan datang turut menampilkan John Cena, Finn Cole, Anna Sawai, Vinnie Bennett, dan Michael Rooker.

Selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam, pengarah Justin Lin kembali mengarahkan filem kali ini. Skrip filem ditulis oleh Dan Casey berdasarkan cerita yang dihasilkan Lin.

Fast & Furious 9 akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks