Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Video

‘Final Countdown’ pelancaran My Roommate is A Gumiho: Siri K-Drama pertama iQiyi berkongsi previu video lima minit menampilkan pesona memikat Jang Ki-Yong di lokasi penggambaran bersama Lee Hye-ri.

My Roommate is A Gumiho akan bersiaran secara dalam talian setiap Rabu dan Khamis bermula 26 Mei ini, jam 9:40 malam.

Siri original pertama iQiyi berjudul My Roommate Is A Gumiho akan dilancarkan secara global pada Jumaat ini (26 Mei), jam 9:40 malam iaitu serentak dengan tayangan di Korea Selatan. Hari ini, siri adaptasi megahit webtoon itu memaparkan sorotan video berdurasi lima minit aksi mesra bintang utama Jang Ki-jong dan Lee Hye-ri di lokasi penggambaran.

Menerusi video itu, Jang Ki-jong memuji kecantikan Hye-ri sambil mengurut bahu aktres itu untuk menghilangkan tekanan. Aksi Ki-jong itu membangkitkan semangat ‘orang tua’ dalam diri Hye-ri yang meluahkan rasa lega sambil memuji dan berkata “luar biasa”. 

Penampilan Jang Ki-jong yang pelbagai dalam “My Roommate Is A Gumiho” menyerlahkan kemampuannya untuk tampak menarik dalam apa sahaja pakaian yang digayakan. Sementara itu, Hye-ri pula mengorbankan pesona imej bintang idola dengan meniru ekspresi terkejut yang lucu seperti dipaparkan dalam webtoon, apabila melihat penampilan sebenar Ki-yong. 

Walaupun Ki-yong gemar menikmati makanan ringan tengah malam, dia memilih untuk tidak melakukannya ketika penggambaran poster untuk agar kekal tampan di hadapan lensa kamera. Apabila mengetahui perkara itu, Hye-ri juga menjelaskan yang dia tidak makan malam. Ki-yong yang bermulut manis kemudian membalas, tidak hairanlah mengapa gambar aktres itu sentiasa nampak cantik. Berbeza dengan personalitinya yang tegas dan serius dalam drama, Jang Ki-yong ternyata pandai mengambil hati wanita dalam kehidupan sebenar. 

Selain Ki-yong dan Hye-ri, pasangan Kang Han-na dan Kim Do-wan turut mencuri perhatian. Han-na tampak matang dan cantik manakala Kim Do-wan dengan malu-malu menyatakan dia berpakaian seperti anak kecil yang comel. Perkembangan kisah cinta pasangan ini juga sangat dinanti-nantikan. 

My Roommate is A Gumiho mengisahkan rubah ekor sembilan bernama Shin Woo-yeon (lakonan Jang Ki-yong) secara senyap hidup selama beratus tahun dan akhirnya akan menjadi manusia tidak lama lagi. Namun, apabila Lee Dam (lakonan Hye-ri) secara tidak sengaja tertelan manik rubah yang diperlukan Woo-yeo untuk menjadi manusia. Ini menyebabkan mereka terpaksa hidup bersama bagi mencari jalan penyelesaian. Tanpa diduga, bunga-bunga cinta mula bersemi di antara mereka.

Jang Ki-yong terkenal sebagai seorang pelakon dengan sosok tubuh menarik dan segak dalam pelbagai gaya. Dalam drama ini, dia hidup lebih 900 tahun, menggayakan pelbagai fesyen baju mengikut peredaran zaman dan cukup menangkap mata sesiapa jua yang memandang, Manakala, Hye-ri yang secara tidak sengaja melihat rupa sebenar Jang Ki-yong sebagai rubah ekor sembilan berjaya meniru ekspresi wanita yang terkejut sepertimana di webtoon dan ini dilakukan dengan sempurna. Lakonan profesional dan aksi romantik teman serumah itu bakal menjadi agedan tumpan utama untuk drama ini. 

Siri original pertama iQiyi International, My Roommate is a Gumiho ini akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 26 Mei ini, jam 9:40 malam, serentak dengan tayangan di Korea Selatan. 

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment