Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Sumber gambar: Vocket.com

Trailer rasmi Prebet Sapu telah dilancarkan pada hari ini. Trailer tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, memberikan pandangan pertama filem ‘hitam putih’ arahan Muzzamer Rahman. 

Prebet Sapu mengisahkan tentang Aman yang menganggur kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan pengangkutan secara haram (prebet sapu) kerana dia gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna. Apabila tuan rumahnya menghalaunya keluar dari penginapan sewanya, Aman akhirnya terpaksa tidur di dalam keretanya. Pertemuan secara kebetulan dengan Bella, seorang ‘gadis pengiring’ Cina, memberikan Aman tinggal sementara di tempatnya

Filem ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar 2022 dalam kategori ‘Best International Feature Films’. 

Dibintangi oleh Amerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi, Prebet Sapu akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Disember 2021!

 

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha