BeritaSlot Tempatan

Filem Wira Raih RM7.6 Juta Selepas 41 Hari Tayangan, Persoalannya – Untung Atau Rugi?

Views

Selepas 41 hari bertahan dipawagam, filem Wira menoktahkan perjuangannya dengan kutipan terkini mencecah RM7.6 juta. Bagaimanapun, kutipan yang besar itu masih belum mampu memberi keuntungan memandangkan kos pembikinan filem dikatakan mencecah RM8 juta.

Saingan sengit dengan beberapa filem popular seperti Ejen Ali the Movie dan Frozen 2 menjadi sebab utama kenapa Wira gagal meneruskan momentumnya dalam mengejar kutipan yang lebih besar.

Walaupun gagal mencapai sasaran dipentas box office, Wira masih berpeluang untuk terus mencatatkan pulangan iaitu menerusi tayangan di Astro First dan di laman penstriman atas talian Netflix.

Filem arahan Adrian Teh ini berkisarkan tentang Hassan lakonan Hairul Azreen, yang terpaksa menentang Raja dan pengikutnya dalam usaha untuk keluar dari cengkaman lintah darat itu. Filem aksi tempatan ini turut dibintangi Fify Azmi, Henley Hii, Zizan Razak, Dain Said, dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Ismi Melinda dan Yayan Ruhian

 

View this post on Instagram

 

Happy New Year semua! 1st day tahun baru dah ada berita baik nak kongsi, WIRA dah mencecah kutipan RM7.6 juta! Terima kasih byk2, kami janji akan terus hasilkan filem2 yg bestttttt giler utk korang, stay tuned k! . #WIRA2019 #FilemWIRA #MatiBerdiri #HidupMelutut

A post shared by WIRA (@wira_2019) on

Tinggalkan Balasan

shares