Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Vietnam, The Way Station Menang Anugerah Terbaik AIFFA

Filem “The Way Station” dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung di sini malam ini.

Luisito Ignacio, pengarah filem berjudul “Arena” dari Filipina pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengarah Terbaik.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik pelakon Vietnam Pham Hong Phuoc menerusi filem “The Way Station”, manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Al-Al Delas Allas dari Filipina.

Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi pelakon Filipina Ricky Davao menerusi filem “Dagnation, sementara Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diraih Ana Capri juga dari Filipina menerusi filem berjudul “Laut”.

babak filem The Way Station

Pengarah filem terkenal Malaysia Tan Sri Lakshmanan Krishnan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Turut hadir pada Malam Gala AIFFA 2017 yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang itu ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri dan isteri Yang di-pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Pemenang lain ialah:

  • Anugerah Khas Juri I: Ziarah – Tales of the Otherwords (Indonesia).
  • Anugerah Khas Juri II: Solo Solitude (Indonesia)
  • Anugerah Penghormatan Khas: Lav Diaz (Filipina)
  • Suntingan Filem Terbaik: Imbisibol (Invisible) (Filipina)
  • Pengarah Fotografi Terbaik: The Way Station (Vietnam),
  • Lakon Layar Terbaik: Ziarah: Tales of the Otherwords (Indonesia)
  • Anugerah Semangat ASEAN : Filem Kanang anak Langkau (Malaysia)
  • Anugerah Inspirasi ASEAN: Donnie Yen.

Sumber: Bernama

Related posts

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment